Anwar minta DAP pertimbang dulu keputusan keluar kerajaan negeri Melaka

DATUK Seri Anwar Ibrahim meminta DAP Melaka mempertimbangkan semula keputusan untuk keluar daripada kerajaan negeri itu.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau telah membincangkan isu itu bersama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurut Anwar, walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui antara pihak terbabit, kerjasama demi kepentingan rakyat serta pembangunan ekonomi negeri perlu diteruskan.

“Saya tadi berbincang dengan Anthony dan juga Ketua Menteri. Kalau boleh, runding dulu supaya tangguh sekejap, supaya kita boleh buat kerja dengan soal negeri.

“Saya ingin pilihan raya dulu sebaiknya. Walaupun ada dua tiga perkara tidak bersetuju, tidak mengapa,” katanya kepada pemberita selepas sebuah acara di Mukim Pasir Panjang, Port Dickson hari ini.

PH Melaka hari ini mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Ab Rauf berkuat kuasa serta-merta, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang membolehkan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan eksekutif dilantik.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong turut mengumumkan semua wakil rakyat parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk Adly Zahari (Amanah) melepaskan jawatan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img