Apa sudah jadi…aktiviti songsang semakin membimbangkan, selepas Chow Kit, 13 lelaki ditahan di Perai

APA sudah jadi? Kenyataan  polis bahawa aktiviti songsang semakin membimbangkan terbukti benar apabila semalam, seramai 13 lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang di sebuah premis perniagaan di Bandar Perai Jaya, Perai.

Tiada apa yang mengejutkan apabila daripada jumlah itu, antara yang ditahan ialah  warga emas dan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), ia kerana sebelum ini sudahpun ada laporan ramai golongan tersebut terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu.

Tangkapan tersebut dilakukan sehari selepas aktiviti yang sama diserbu di Chow Kit, Kuala Lumpur  menyaksikan 208 individu ditahan.

Dalam serbuan di Perai, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, tindakan kira-kira jam 7 petang itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bersama pasukan operasi pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Katanya sembilan lelaki tempatan dan dua warga asing berusia 19 hingga 66 tahun yang merupakan pelanggan premis berkenaan ditahan.

“Selain itu, dua lelaki tempatan masing-masing berusia 57 dan 59 tahun yang dipercayai pengusaha serta pekerja premis terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut. Pemeriksaan turut menemui kondom, minyak pelincir dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan tidak bermoral tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu,  polis turut merampas telefon bimbit milik tangkapan yang mengandungi klip video lucah.

“Siasatan mendapati premis perniagaan itu beroperasi di tingkat dua dan tiga sebuah bangunan kedai tiga tingkat yang dilengkapi ruang rehat, sauna dan ruangan partisyen. Premis berkenaan dijadikan tempat untuk kegiatan hubungan songsang itu dan ia dipercayai aktif sejak dua bulan lalu,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing terhadap semua suspek didapati negatif manakala semakan mendapati seorang daripada mereka mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 373/377B, Seksyen 377B dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Kesemua suspek direman enam hari sehingga 5 Disember bagi membantu siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img