Bank Rakyat digesa teroka peluang baharu, perluas peranan kewangan Islam – PM

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) diminta terus menggalas mandat penubuhannya dengan lebih berani dan berwawasan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, institusi perbankan itu juga perlu meneroka peluang baharu ke arah mewujudkan model perniagaan yang lebih berdaya saing dan mampan demi manfaat bersama.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri menegaskan bahawa prinsip keadilan, ihsan dan keterangkuman mesti terus menjadi teras dalam memperluas peranan kewangan Islam, selari dengan aspirasi MADANI.

“Saya juga menekankan agar Bank Rakyat terus menggalas mandat penubuhannya dengan lebih berani dan berwawasan, sambil meneroka peluang baharu ke arah mewujudkan model perniagaan yang lebih berdaya saing dan mampan demi manfaat bersama.

“Alhamdulillah, saya merakamkan penghargaan atas prestasi tadbir urus dan kedudukan kewangan Bank Rakyat yang terus kukuh pada tahun lalu, mencerminkan disiplin serta komitmen yang tinggi dalam mengurus amanah,” katanya dalam hantaran Facebook rasmi beliau malam ini.

Perdana Menteri sebelum itu menerima kunjungan hormat Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff di pejabatnya hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.

Pertemuan itu bagi meneliti prestasi kewangan tahun 2025 serta hala tuju institusi ini untuk tahun mendatang. Perbincangan turut tertumpu kepada usaha memantapkan sistem perbankan dan kewangan Islam.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img