Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail meninggal dunia pada usia 71 tahun hari ini.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menerusi hantaran di Facebook malam ini yang turut menyifatkannya sebagai kehilangan besar kepada institusi perundangan negara.

“Dengan penuh kedukacitaan saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Abdul Gani Patail atas pemergian beliau ke rahmatullah.

“Allahyarham adalah seorang tokoh perundangan negara yang pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara dan mencurahkan bakti yang besar kepada institusi perundangan serta pentadbiran keadilan negara.

“Pemergian beliau satu kehilangan kepada keluarga besar perundangan negara. Semoga segala jasa dan sumbangan Allahyarham menjadi amal jariah yang berpanjangan,” katanya dalam hantaran itu.

Allahyarham pernah menerajui Jabatan Peguam Negara selama lebih 13 tahun, bermula 1 Januari 2002 hingga Julai 2015.

Dilahirkan di Lahad Datu, Sabah, Allahyarham merupakan graduan Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya dan memulakan kerjaya dalam bidang perundangan sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham memegang beberapa jawatan kanan di Jabatan Peguam Negara sebelum dilantik sebagai Peguam Negara.

Beliau turut mengetuai pasukan petugas khas bagi menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum perkhidmatannya berakhir pada 2015.

Zainul Rijal turut berkongsi kenangan mengenai Allahyarham, termasuk sikap beliau yang menghormati undang-undang syariah.

“Allahyarham sangat menghormati undang-undang syariah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here