Bekas pekerja syarikat telekomunikasi ditahan curi barang eletronik, wang bernilai RM83,000

SEORANG bekas pekerja sebuah syarikat telekomunikasi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) ditahan polis selepas dipercayai mencuri pelbagai peranti elektronik dan wang tunai milik majikannya membabitkan kerugian dianggarkan RM83,000.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, suspek lelaki berusia 22 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh wakil syarikat berkenaan semalam.

Menurutnya, kehilangan stok disedari selepas pihak syarikat melakukan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

“Pengadu turut dimaklumkan oleh seorang kakitangan bahawa sejumlah stok telefon bimbit dan Apple Watch didapati hilang serta mengesyaki bekas pekerja terbabit mencurinya.

“Siasatan mendapati suspek merupakan bekas pekerja syarikat tersebut dan telah berhenti kerja pada 29 Mei lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hoo berkata, antara barangan yang dilaporkan hilang ialah 12 unit telefon bimbit pelbagai jenama, tiga unit Apple Watch serta wang tunai kira-kira RM550.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, polis turut merampas beberapa telefon bimbit, Apple Watch dan sebuah beg yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku terbabit dalam kejadian yang disiasat.

“Suspek juga mengaku barangan yang dirampas adalah milik syarikat dan memaklumkan sebuah lagi telefon bimbit berada di sebuah kedai di Sungai Buloh untuk dibaiki,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri harta dalam milikan majikan, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img