Bekas pengarah syarikat telekom mengaku tidak bersalah kemuka dokumen palsu

SEORANG bekas pengarah syarikat telekomunikasi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berkaitan perkhidmatan jurutera perunding pengurusan projek (ICE), 14 tahun lalu.

Pengakuan itu direkodkan di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh, Wong Chee Keong, 73, didakwa mengemukakan borang pengisytiharan kepada Penolong Pengurus Bahagian Teknikal Servis, Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang mengandungi pernyataan palsu dengan niat untuk memperdayakan pihak berkenaan berhubung perkhidmatan ICE.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 13 September 2012 di Menara Bank Pembangunan, Kuala Lumpur.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin, selain syarat tambahan perlu melapor diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia setiap dua bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img