SPRM tahan 4 pegawai penguat kuasa dipercayai ambil rasuah RM12,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan empat pegawai penguat kuasa hari ini kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM12,000 daripada seorang lelaki akhir tahun lalu.

Menurut sumber, kesemua suspek ditahan di pejabat masing-masing tengah hari tadi.

“Mereka kemudian dibawa ke pejabat SPRM Kelantan untuk siasatan lanjut,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, keempat-empat individu itu dipercayai menerima wang berkenaan sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan terhadap lelaki yang didapati membawa barangan terlarang di dalam kenderaannya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusoff ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img