BMW musnah terbakar di KL Gateway Mall

SEBUAH kereta BMW musnah sepenuhnya selepas terbakar dalam kejadian di kawasan KL Gateway Mall, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 9.53 malam sebelum mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, PBK I Mokhtar Ramli berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan dua buah kenderaan.

“Sebanyak 100 peratus sebuah kenderaan BMW terbakar, manakala sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Axia musnah sebanyak 30 peratus.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan membabitkan kekuatan enam anggota lain-lain pangkat.

Menurutnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here