BN tak akan umum ‘poster boy’,tumpu menang dulu – Tok Mat Hasan

BARISAN Nasional (BN) tetap tidak akan mengumumkan siapa ‘poster boy’ parti itu walaupun akan melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, malam esok.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, gabungan itu belum membuat keputusan kerana tumpuan ketika ini memastikan kemenangan parti.

“Kita belum bercakap mengenai ‘poster boy’. Yang penting sekarang kita buat kerja, jalankan kempen dengan baik dan pastikan BN menang dahulu. Selepas itu, parti akan membuat keputusan siapa yang sesuai diketengahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program santai bersama Tok Mat Hasan di DUN Chembong hari ini.

Walaupun sudah memasuki hari ke enam kempen,BN masih belum mengumumkan siapakah ‘poster boy’ parti itu dan akan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar jika BN yang bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) menumbangkan Pakatan Harapan pada PRN 1 Ogos ini.

Ketika ini selain Mohamad Hasan, nama Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias turut disebut-sebut akan dilantik sebagai Menteri Besar.

Dalam perkembangan berkaita,  Mohamad menyifatkan cadangan supaya BN menampilkan calon Menteri Besar daripada parti itu berdebat dengan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai membuang masa.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, PRN Negeri Sembilan bukan ‘pemilihan Presiden’ dan fokus BN ketika ini memastikan kemenangan bukannya mengadakan debat antara calon Menteri Besar.

“Tak perlu debatlah. Ini bukan pemilihan presiden. Kalau pemilihan presiden bolehlah berdebat. Jangan buang masa,” katanya.

 Beliau mengulas kenyataan Pakatan Harapan yang tidak menolak kemungkinan mengadakan debat terbuka antara Aminuddin dan Jalaluddin, tetapi hanya jika BN mengesahkan Ahli Parlimen Jelebu itu sebagai calon Menteri Besar.

Sementara itu, Mohamad menafikan dakwaan manifesto BN menciplak manifesto parti lain, termasuk Gabungan Rakyat Sabah, sambil menyifatkannya sebagai perang psikologi.

Katanya, manifesto yang akan dilancarkan malam esok dirangka bagi meneruskan agenda pembangunan serta menyambung dasar dan projek tergendala selepas BN kehilangan kuasa pada 2018.

“Manifesto ini…sebabnya kita mahu menyambung kerja-kerja yang tergendala selepas BN tewas pada 2018,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img