Buaya 300kg dekat pantai UMS akhirnya ditangkap

SEEKOR buaya seberat kira-kira 300 kilogram (kg) yang dipercayai sering muncul di kawasan pantai berhampiran Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak beberapa minggu lalu akhirnya berjaya ditangkap penduduk kampung dalam operasi pagi tadi.

Reptilia sepanjang 3.7 meter itu ditangkap berhampiran kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas dikesan berada kira-kira 100 meter dari pesisir pantai.

Lebih 20 penduduk kampung bergabung tenaga menggunakan tiga perahu dan pukat ikan bagi menangkap buaya terbabit, namun dua cubaan awal gagal sebelum reptilia itu berjaya ditangkap pada cubaan ketiga.

Difahamkan, kemunculan buaya itu sebelum ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk dan pengunjung kawasan pantai berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Aizex Junior berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.02 pagi.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota diketuai Leftenan Muda (PA) Umi Kifli kemudian digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan dan kawalan keselamatan selain membantu menangkap semula buaya berkenaan menggunakan peralatan khas.

“Buaya itu kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Unit Sulaman sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img