Ular sawa 80kg mengganas di kebun getah berjaya ditangkap APM

SEEKOR ular sawa batik sepanjang kira-kira lima meter dengan berat dianggarkan 80 kilogram (kg) berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan kebun getah Kampung Ketemba Luar, Baling, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.08 tengah hari itu, reptilia besar berkenaan dilaporkan ditemui bersembunyi di kawasan semak sebelum anggota APM dikerahkan ke lokasi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Mohd Faizol Ab Aziz berkata, ular sawa tersebut bertindak agresif ketika operasi menangkap dijalankan.

“Ular sawa itu agak agresif ketika anggota APM cuba menangkapnya menggunakan peralatan khas seperti penjerut namun dengan kemahiran yang ada, anggota kami berjaya mengawalnya.

“Ular sawa itu berkemungkinan lapar dan berlindung di kawasan kebun getah itu disebabkan cuaca tidak menentu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, ular sawa berkenaan kemudian dipindahkan dari kawasan terbabit untuk tindakan lanjut.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata APM Daerah Baling merekodkan sebanyak 280 kes tangkapan ular pelbagai spesies sejak Januari lalu membabitkan kawasan perumahan, kebun, premis awam dan kampung sekitar daerah itu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri atau cuba menangkap sendiri haiwan liar sekiranya ditemui.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img