BUDI95: Kurang 1% guna lebih 200 liter  – Amir Hamzah

DATA penggunaan sebenar BUDI95 antara Oktober 2025 sehingga Mei 2026 menunjukkan kurang daripada 1% pengguna menggunakan lebih daripada 200 liter RON95 secara konsisten.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, data penggunaan diesel oleh statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pula, lebih 80% pengguna mencatat penggunaan di bawah paras 200 liter sebulan, dengan purata penggunaan sekitar 140 liter sebulan.

‘’Namun demikian mengambil kira majoriti kenderaan diesel rakyat ialah jenis jip atau pikap, kerana menjadi pengangkutan utama barangan untuk peniaga kecil dan kenderaan penumpang di pedalaman, kerajaan menyediakan kelayakan tambahan BUDI MADANI 100 liter lagi yang boleh dipohon,’’ katanya.

Selain itu kata beliau  data DOSM juga menunjukkan 95% pengguna diesel menggunakan kurang 300 liter sebulan dan dengan itu, jumlah kelayakan 300 liter  mencukupi untuk rakyat terbanyak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Hasni Mohamad (BN-Simpang Renggam) di Dewan Rakyat, hari ini.

Amir Hamzah memberitahu, pembaharuan BUDI MADANI membawa dua impak utama iaitu kelangsungan bekalan diesel terjamin di pasaran negara dan rakyat terus menikmati diesel pada harga yang lebih rendah.

Selain itu kata beliau ketirisan akibat penyeludupan dan penyalahgunaan oleh bukan warganegara dan industri dapat dibendung dengan lebih berkesan apabila harga di pam ditetapkan pada harga pasaran, sekali gus menjamin kelangsungan bekalan di dalam pasaran negara.

‘’Pembaharuan ini dijangka menjimatkan perbelanjaan subsidi sehingga RM2 bilion setahun, yang memberi peluang kepada kerajaan untuk mengagihkan sebahagian penjimatan untuk menurunkan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 berbanding RM2.15 seliter.

‘’Bermakna pembaharuan ini membolehkan rakyat Malaysia mendapat keistimewaan sebagai warganegara dengan menikmati diesel pada harga lebih rendah,’’ katanya.

.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img