MARKAS Komando Utama Tentera Iran – Khatam Al-Aniya hari ini mengesahkan kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS Abraham Lincoln (CVN-72) telah terkena serangan dron Iran di Laut Oman pada Selasa lalu.
Kenyataan yang dibuat itu mengesahkan pelbagai laporan agensi berita dan gambar serta video tular sejak kelmarin keadaan kapal tersebut yang rosak teruk terkena peluru peluru berpandu Iran.
Jurucakap markas tersebut berkata kapal induk Amerika itu, yang menghampiri kira-kira 340 kilometer dari sempadan perairan Iran di Laut Oman bagi mengurus laluan di Strait of Hormuz, telah diserang oleh dron milik Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC).
Menurutnya, selepas serangan tersebut kapal induk itu bersama kapal pemusnah pengiringnya segera berundur dan kini dilaporkan berada ribuan kilometer dari kawasan berkenaan.
Beberapa hari lalu, IRGC juga mengumumkan bahawa USS Abraham Lincoln telah menjadi sasaran empat peluru berpandu balistik sebagai sebahagian daripada Operation True Promise 4.
Dalam kenyataan itu, pihak Iran turut menegaskan bahawa serangan kuat oleh angkatan bersenjata Republik Islam Iran terhadap musuh telah memasuki fasa baharu, sambil memberi amaran bahawa darat dan laut akan menjadi kubur bagi penceroboh yang disifatkan sebagai pengganas.
Kenyataan Markas Komando yang berperanan menyelaraskan operasi ketenteraan berskala besar, khususnya ketika perang atau krisis keselamatan negara itu dikeluarkan beberapa jam selepas Pentadbiran Pusat AS mendakwa serangan berpeluru berpandu balistik Iran susut 90 peratus sejak hari pertama konflik manakala serangan dron berkurangan 83 peratus dalam tempoh sama.


