‘Lucut’ Tuanku Muhriz tak wajar, apa kesalahan baginda – soal Zaid Ibrahim

BEKAS Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan tindakan Undang Yang Berempat ‘melucutkan’ Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di_pertuan Besar Negeri Sembilan.

Bercakap dalam program audosiar beliau, Zaid berkata, apa yang dilakukan adalah tidak wajar memandangkan tiada kesalahan yang jelas dikemukakan bagi membolehkan tindakan itu diambil.

“Tapi rakyat tak tahu apa kesalahan Tuanku Muhriz. Jadi pada saya kalau pun empat Undang ini ada kuasa memecat Tuanku Muhriz, pada saya itu tak wajar,” katanya.

Beliau berkata, persoalan utama bukan sekadar sama ada tindakan itu sah dari sudut undang-undang atau tidak tetapi turut melibatkan soal keadilan.

Katanya,  kuasa menyingkirkan seseorang sebagai Yang di-Pertuan Besar, jika wujud di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, sepatutnya hanya digunakan atas alasan kukuh seperti salah laku serius atau kegagalan menjalankan tugas.

Konflik adat di Negeri Sembilan semakin meruncing semalam, apabila  Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 oleh Undang Yang Empat dalam satu majlis di sebuah resort di Melaka.

Pemasyhuran diisytiharkan oleh Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat.

Tindakan itu dikritik oleh banyak pihak dan menganggap majlis seumpam itu tidak sepatutnya dilangsungkan kerana akan merumitkan lagi konflik yang tercetus.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di sebalik pemasyhuran berkenaan.

Pada 19 April lalu, Undang Yang Empat mengumumkan pengisytiharan ‘pemecatan’ Tuanku Muhriz.

Tuanku Muhriz ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Istana Besar Seri Menanti pada 26 Okt 2009 selepas kemangkatan Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img