DBKL sita 15 akaun cukai taksiran tertunggak di Flat Hicks

SEBANYAK 15 akaun yang mempunyai tunggakan cukai taksiran dikenakan tindakan sitaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Operasi Sita Cukai Taksiran di Flat Hicks, Jalan Changkat Bukit Bintang, hari ini.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan melalui pengeluaran Waran Tahanan (Borang F) selaras dengan peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Menurut kenyataan itu, tindakan berkenaan bertujuan mendapatkan semula tunggakan cukai taksiran yang masih belum dijelaskan.

“DBKL akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa di lokasi yang dikenal pasti mempunyai tunggakan cukai taksiran sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pematuhan terhadap peruntukan undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, semua pemilik harta disaran menyemak status akaun cukai taksiran masing-masing dan menjelaskan sebarang tunggakan dengan segera bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img