Wanita warga emas ditemui maut dalam rumah berkunci

SEORANG wanita warga emas ditemui meninggal dunia di dalam sebuah rumah berkunci berhampiran stesen minyak di Batu 6, Kota Bharu, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Wan Asri Wan Mohamood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 2.46 petang.

Menurutnya, panggilan itu memaklumkan terdapat seorang mangsa berada di dalam rumah yang berkunci.

“Seramai tujuh anggota dari BBP Tunjong kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba membuka pintu rumah berkenaan sebelum menemui seorang wanita warga emas dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Mariam Mat Saman, 83, dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke hospital manakala kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img