DBKL tangguh pindah penjaja Lorong Haji Hussein ke Pasar Raja Bot

PEMINDAHAN penjaja di Lorong Haji Hussein, Chow Kit ke Kompleks Pasar Raja Bot ditangguhkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga kompleks berkenaan siap sepenuhnya.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani, serta kepentingan semua pihak terlibat.

“DBKL akan terus memastikan sebarang perancangan penambahbaikan di kawasan berkenaan dilaksanakan secara teratur, inklusif dan mengambil kira kelangsungan ekonomi penjaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, DBKL terus komited memastikan keseimbangan antara pembangunan bandar, kebersihan persekitaran dan kesejahteraan warga kota.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img