Lelaki ditahan pandu lawan arus di Lebuhraya Persekutuan

LELAKI warga tempatan ditahan polis selepas dikesan memandu secara berbahaya dengan melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Persekutuan, semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 6.00 petang itu membabitkan sebuah kenderaan jenis Jaecoo J7 berwarna putih yang dipandu melawan arus di laluan menghala ke Kuala Lumpur.

Kenderaan berkenaan kemudiannya merempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang melalui jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pemandu Perodua Myvi adalah seorang wanita warga tempatan dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden berkenaan.

“Pemandu lelaki Jaecoo J7 kini ditahan untuk pertuduhan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis tidak akan berkompromi kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” katanya, lapor Harian Metro.

Menurutnya, orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan kejadian kemalangan yang boleh membahayakan nyawa.

“Polis kini sedang melengkapkan siasatan dan memohon kerjasama orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian untuk membantu pihak berkuasa.

“Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img