Bedah siasat dedah guru besar mati ditikam 11 kali di dada dan leher

POLIS hari ini mengesahkan punca kematian guru besar dan isteri yang ditemukan dalam bilik di rumahnya di Sri Aman, Sarawak kelmarin akibat tikaman objek tajam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, bedah siasat di Unit Forensik, Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam mendapati mangsa lelaki mengalami 11 kecederaan akibat objek tajam di bahagian leher dan dada.

Beliau berkata, sebab kematian disahkan sebagai ‘neck and chest injuries due to stab wounds’.

“Hasil bedah siasat ke atas mangsa wanita pula mendapati terdapat luka tikaman di bahagian leher dan sebab kematian disahkan sebagai ‘neck injury due to stab wounds’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, setakat ini, seramai 21 orang saksi yang terdiri daripada ahli keluarga, jiran dan rakan sekerja mangsa dirakamkan keterangan.

“Siasatan berhubung kes itu masih diteruskan secara menyeluruh dan terperinci.

“Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan sepenuhnya,” katanya.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kelmarin seorang guru besar sebuah sekolah di Lubok Antu, Sri Aman berusia 45 tahun dan isterinya berusia 44 tahun yang bertugas sebagai jururawat ditemui meninggal dunia dengan kecederaan serius pada tubuh di rumah mereka di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman.

Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan pasangan terbabit yang tidak sedarkan diri pada jam 6.55 pagi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img