Doktor pediatrik rugi RM270,000, terjerat pelaburan palsu

SEORANG doktor pediatrik di sebuah hospital kerajaan kerugian RM270,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa lelaki tempatan berusia 40 tahun itu membuat laporan selepas menyedari dirinya diperdaya sindiket berkenaan.

Menurutnya, kejadian bermula apabila mangsa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan pelaburan saham dengan pulangan lumayan sebelum dipujuk memuat turun aplikasi dikenali sebagai ‘WLS’.

“Mangsa kemudian diarahkan membuat beberapa pemindahan wang ke akaun berbeza bagi tujuan pelaburan.

“Dalam tempoh antara 21 Oktober hingga 1 Disember 2025, mangsa melakukan lapan transaksi berjumlah RM270,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa mula curiga apabila diminta membuat bayaran tambahan kononnya sebagai ‘caj penutupan’ bagi mengeluarkan keuntungan.

“Siasatan awal mendapati akaun bank yang digunakan mempunyai rekod penipuan dan dipercayai berkait dengan sindiket pelaburan dalam talian,” katanya.

Tambahnya, polis kini giat mengesan suspek termasuk melalui semakan akaun bank dan rekod telekomunikasi.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan membuat semakan melalui portal Semak Mule serta menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya mengesyaki menjadi mangsa penipuan.

Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img