DUA kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas mandi di sebuah kolam terbiar di Jalan Sungai Manila, Sandakan, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Ikmal, 9, manakala seorang lagi berusia 11 tahun yang belum dikenal pasti identitinya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum lima anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 19 kilometer dari balai.
“Setibanya pasukan bomba pada jam 4.38 petang, kedua-dua mangsa sudah ditemukan orang awam.
“Pemeriksaan pegawai perubatan di lokasi mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini, lapor Harian Metro.
Beliau berkata, pasukan bomba kemudian mengangkat dan membawa mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.






