Dua kereta bertembung, lelaki tercampak keluar

 SEORANG lelaki maut manakala seorang wanita warga China terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Simpang Empat, Pulau Pinang, hari ini.

 Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.55 petang itu, mangsa, Teow Fu Keong, 26, yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton tercampak keluar dari kenderaannya selepas bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda CX-5.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 4.55 petang sebelum sebuah jentera bersama 10 anggota digerakkan ke lokasi. Ketika tiba di tempat kejadian pada jam 5.07 petang, kami mendapati seorang mangsa lelaki tercampak keluar dari kenderaan Mitsubishi Triton,” katanya lapor Sinar Harian.

 Mangsa  disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemandu SUV Mazda CX-5 iaitu seorang wanita warga asing berusia lingkungan 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan. Kerja-kerja pembersihan jalan turut dilakukan berikutan tumpahan minyak di lokasi kejadian,” ujarnya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.45 petang dengan bantuan agensi lain termasuk polis dan KKM.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img