Dua kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Tokong

DUA buah kereta tertimbus sebahagian dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Kondominium Leisure Bay, Tanjung Tokong di Georgetown petang tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.50 petang.

Beliau berkata, kejadian membabitkan sebuah kereta BMW dan Honda City yang diletakkan berhampiran lokasi tanah runtuh.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit,” katanya.

Menurutnya, seramai enam anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian dengan bantuan polis bagi menjalankan operasi.

Beliau berkata, operasi masih berjalan ketika ini, manakala maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan di lokasi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here