Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di Paya Terubong

SEORANG lelaki ditemukan maut selepas bahagian belakang rumahnya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong di Georgetown tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.36 pagi.

Beliau berkata, kejadian berkenaan membabitkan tiga mangsa, dengan dua daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

“Seorang mangsa lelaki disahkan meninggal dunia selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah, manakala dua lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Pasukan itu turut dilengkapi jentera pemadam ringan serta kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Beliau berkata, pihak polis turut berada di lokasi bagi membantu operasi menyelamat yang masih dijalankan sehingga jam 9.30 pagi tadi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here