Dua pemandu maut nahas Myvi dan Saga bertembung

DUA maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kampung Batu Tujuh, Binjoi di Kuala Ketil, Baling awal pagi ini.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa yang maut masing-masing adalah pemandu Perodua Myvi dan Proton Saga.

Pemandu Myvi, Alina Mohd Shapri, 23, dikatakan dalam perjalanan dari Baling ke tempat kerja di Kulim manakala identiti pemandu Saga belum dikenal pasti berusia 26 tahun.

KEADAAN dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Saga yang terlibat kemalangan mengakibatkan pemandu kedua-dua kenderaan itu maut di Kampung Batu Tujuh, Binjoi di Kuala Ketil, Baling awal pagi ini. GAMBAR: JBPM Kedah

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 6.22 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Baling yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Najmi Zainol bersama enam anggota segera ke lokasi kejadian.

“Ketua operasi melaporkan setibanya di lokasi didapati kemalangan itu membabitkan dua buah kenderaan dan kedua-dua pemandunya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pemandu kereta Perodua Myvi iaitu seorang wanita berusia lingkungan 20-an dikeluarkan dengan bantuan orang awam, manakala pemandu kereta Proton Saga iaitu lelaki berusia 20-an tersepit dan dikeluarkan oleh pasukan bomba yang mengambil masa kira-kira 20 minit dengan menggunakan peralatan khas.

“Seorang penumpang kereta Proton Saga iaitu lelaki berusia 20-an pula cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, ” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Zulkhairi berkata, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img