Dua penunggang basikal maut dirempuh, polis cari saksi

POLIS meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan maut membabitkan dua penunggang basikal dan sebuah kereta di Kilometer 16.5 Lebuhraya Rakyat di Kota Bharu, semalam, tampil membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata, saksi kejadian boleh hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Naqiyuddin Sharifuddin di talian 09-7752315,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Gerakan Kota Bharu melalui Kaunter Aduan Trafik Kota Bharu pada jam 9.15 pagi semalam berhubung kemalangan itu.

Menurutnya, kemalangan membabitkan dua lelaki berusia 48 dan 49 tahun yang sedang menunggang basikal di lorong sebelah kiri dari arah Kota Bharu menghala ke Ketereh.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah Perodua Kelisa dipandu lelaki berusia 22 tahun dari arah yang sama dan dipercayai berada di lorong sama merempuh bahagian belakang basikal mangsa.

“Kemalangan berlaku pada jam 9 pagi. Pemandu berkenaan dipercayai tidak nampak atau menyedari kehadiran kedua-dua penunggang basikal dan disebabkan jarak terlalu dekat dia tidak sempat mengelak,” katanya.

Dalam kejadian itu, kedua-dua penunggang basikal berkenaan maut selepas dirempuh kereta berkenaan dari arah belakang.

Polis kini meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tampil bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here