Pemandu maut, lori terjunam dalam gaung 50 meter

SEORANG pemandu lori maut selepas kenderaan itu terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 50 meter di Jalan Lombong Emas Sokor menghala ke Kuala Tiga di Tanah Merah, Kelantan semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah dalam kenyataan hari ini berkata, kemalangan itu menyebabkan Chow Yoke Kow, 65, tercampak keluar dari lori dipandunya.

“Kejadian berlaku pada jam 2.30 petang dan lori itu dipercayai terbabas ke kiri jalan dan jatuh ke dalam gaung.

“Mayat mangsa dibawa keluar pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here