Dua penunggang maut dirempuh kereta ketika berlatih acara berbasikal di Thailand

DUA penunggang basikal maut dirempuh kereta ketika menjalani latihan intensif sebagai persediaan untuk menyertai acara berbasikal di Thailand di Kilometer 18, Jalan Kota Bharu-Ketereh di Kota Bharu pagi ini.

Dalam kejadian itu, Zamri Rismawadi Mahmet dan Nik Zaki Yamani Nik Abdul Aziz, kedua-duanya berusia 49 tahun maut di tempat kejadian selepas basikal mereka dirempuh sebuah Perodua Kelisa.

ALLAHYARHAM Zamri Rismawadi Mahmet

Abang kepada Zamrie Rismawadi, Zamrie Risman Mahmet, 52, berkata, adiknya yang merupakan kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, sepatutnya ke Thailand minggu depan.

Katanya, dia mengetahui kejadian itu daripada ahli keluarga ketika menghadiri Muktamar Pas ke-72 di Pengkalan Chepa sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

ALLAHYARHAM Nik Zaki Yamani Nik Abdul Aziz

“Saya hampir dua bulan tidak berhubung dengan adik dan berhajat jumpa dia selepas muktamar. Dia memang minat sangat berbasikal dan sedang membuat persiapan untuk ke Thailand minggu depan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, lapor BH.

Zamrie Risman yang tinggal di Selangor berkata, jenazah adiknya akan dibawa pulang ke Kampung Rupek untuk dikebumikan.

KERETA Perodua Kelisa yang terlibat nahas meragut nyawa dua penunggang basikal

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, kedua-dua jenazah dibawa ke HRPZII untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Laporan kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here