Dua wanita maut Perodua Axia dinaiki terbabas, rempuh pokok

DUA  wanita maut dalam kemalangan jalan raya di Cabang Empat Salam, Rantau Panjang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, seorang wanita berusia 73 tahun maut di lokasi kejadian selepas Perodua Axia yang dipandu cucunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, mangsa kedua yang juga wanita berusia 23 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas kira-kira jam 12.50 tengah hari.

“Mangsa melibatkan tiga wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu nenek serta dua cucu dan mereka dalam perjalanan dari Pasir Mas menuju ke Rantau Panjang.

“Pemandu  yang juga remaja perempuan berusia 18 tahun mengalami kecederaan patah pergelangan tangan serta kecederaan dalaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa berusia 23 tahun adalah penumpang di kerusi hadapan kenderaan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here