Empat cedera kemalangan tiga kenderaan berhampiran stesen LRT

EMPAT cedera termasuk seorang tersepit  dalam kemalangan tiga kenderaan berhampiran Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kuchai, Jalan Kuchai Lama Kuala Lumpur hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu melalui NG999 pada 6.53 petang.

Katanya, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh bersama jentera digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan  kenderaan utiliti sukan (SUV) iaitu Honda HR-V, Proton X50 dan Perodua Ativa.

“Kenderaan Honda HR-V melibatkan tiga mangsa iaitu seorang lelaki yang juga pemandu tersepit dan patah kaki kanan serta dua wanita mengalami kecederaan ringan.

“Proton X50 pula melibatkan dua mangsa, iaitu seorang wanita (penumpang) yang mengalami kecederaan di tangan dan kaki, manakala seorang mangsa lelaki (pemandu) tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kata jurucakap itu, pemandu Perodua Ativa iaitu seorang lelaki juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit pada 7.30 malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.22 malam. Semua mangsa yang cedera sudah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi diketuai, Komander operasi, Umar Farook Saadon.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img