Empat kediaman di Bukit Indah terbakar dibaling bom petrol, ah long Singapura

POLIS menerima laporan berkaitan empat kediaman di Bukit Indah, Iskandar Puteri  yang terbakar dipercayai akibat dibaling bom petrol dalam kejadian pada Jumaat dan Sabtu lepas.

IPD Iskandar Puteri dalam kenyataan  memaklumkan polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Liew Chin Tong meluangkan masa ke lokasi kejadian yang dipercayai dilakukan sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long dari Singapura.

Liew dalam hantaran Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Balai Bukit Indah JM Alvin Sudesshen yang bertindak pantas sebaik menerima laporan.

Beliau yang juga ADUN Perling menyokong inisiatif penduduk setempat dalam mewujudkan kemudahan keselamatan dan menyalurkan peruntukan kebajikan kepada mereka yang terjejas serta memaklumkan tindakan susulan akan diambil.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img