Lebih RM6.6 juta lesap, 251 kes love scam direkod sepanjang 3 bulan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 251 kes penipuan love scam dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dengan kerugian melebihi RM6.6 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan helah sindiket berkenaan yang menggunakan taktik manipulasi emosi untuk mendapatkan wang mereka seperti menggunakan cerita kecemasan.

“Jangan terpedaya dengan drama cerita sedih, kecemasan dan ugutan kerana semua ini untuk manipulasi emosi.

“Dan jangan hantar duit kepada mereka walau apa pun alasan seperti sakit, sangkut di kastam dan untuk tiket kerana ia adalah taktik utama penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi juga meminta orang ramai menyemak gambar profil dengan menggunakan carian reverse image search di mana jika gambar muncul di banyak akaun, kemungkinan ia adalah penipuan.

Katanya, mereka juga boleh meminta membuat panggilan video kerana sindiket penipuan itu akan mengelak atau memberi alasan pelik.

“Orang ramai juga boleh menyemak akaun bank atau nombor telefon scammer melalui platform Semak Mule,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img