Kerugian love scam cecah RM3.5juta sepanjang Januari, wanita paling ramai jadi mangsa

HANYA dalam tempoh sebulan iaitu Januari 2026, jumlah kerugian yang dialami mangsa dalam kes penipuan love scam mencatatkan sebanyak RM3.5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, berdasarkan analisis perbandingan statistik, sebanyak 100 kes penipuan love scam dilaporkan pada Januari lalu berbanding 95 kes pada Januari 2025.

“Bagaimanapun jumlah kerugian RM3.5 juta yang direkodkan pada Januari lalu menunjukkan penurunan sebanyak 27 peratus berbanding jumlah kerugian RM4.9 juta pada Januari 2025,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, golongan wanita terus menjadi mangsa teramai membabitkan 60 peratus daripada jumlah kes, manakala 40 peratus ialah lelaki.

Tambahnya, sebanyak 72 peratus mangsa penipuan love scam ini terdiri daripada mereka yang berusia antara 30 hingga 50 tahun.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dengan taktik kes penipuan.

“Jika tidak pasti boleh semak di portal Semak Mule PDRM melalui alamat https://semakmule.rmp.gov.my,” ujarnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img