Empat lelaki direman 7 hari, disyaki merogol remaja perempuan 14 tahun

POLIS menahan empat lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Lahad Datu, bulan lalu.

Kejadian dipercayai berlaku jam 2 pagi pada 9 Mei lalu ketika mangsa dikatakan sedang tidur bersendirian di dalam bilik rumah berkenaan sebelum didatangi suspek dan diikuti tiga lagi yang berusia lingkungan 20-an.

Difahamkan, kejadian itu bagaimanapun hanya diketahui keluarga mangsa beberapa hari kemudian sebelum laporan polis dibuat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan tiga lelaki tempatan serta seorang warga asing berusia lingkungan 20-an.

“Semua suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img