Erra Fazira selamat dinikahkan dengan Ezwan, disarungkan cincin bernilai RM80,000, mas kahwin pokok bunga emas 102 gram

PELAKON dan pengacara Erra Fazira selamat dinikah dengan Ezwan Zain di Rinjani Majestic, Subang.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin.

Simbolik hantaran dalam sebuah talam yang diangkat dengan tandu antaranya cicin mewah, tas tangan, jam tangan dan minyak wangi.

Sepokok bunga emas seberat 102 gram sebagai mas kahwin. Nama pokok ufti bunga emas tradisi masyarakat Melayu abad ke-14, 24 keping dinar emas.

Ezwan menyarungkan cincin jenama Cartier dianggarkan bernilai RM80,000 ke jari manis Erra.

Terdahulu, Ezwan, 44, merisik Erra dan menyerahkan cincin sebagai tanda kepada pihak Erra pada Oktober lalu.

Sekadar info, Erra atau Fazira Wan Chek, 51, bergelar ibu tunggal selama 11 tahun memiliki seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.

Manakala Ezwan merupakan bapa tunggal kepada seorang anak perempuan, Dania Sofea berusia 16 tahun.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan serius sejak Ogos 2024.

Seperti pernikahan, majlis resepsi pada 13 dan 27 Disember ini juga akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Kasi Ons.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img