Exco N.Sembilan tiada kuasa gantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang

JABATAN Peguam Negara (AGC) menegaskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Exco) tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dalam satu kenyataan AGC menegaskan, Perkara berkaitan pelantikan termasuk penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri masing-masing terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 37 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (“UUTKNS”).

‘’Bagi pelantikan Penasihat Undang-Undang Negeri yang baharu pula, perlu dinyatakan bahawa pelantikannya hendaklah mematuhi Perkara 37 UUTKNS iaitu dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan,’’ kata AGC.

Hari ini Krisis Negeri Sembilan menjadi semakin rumit apabila Exxo negeri itu sebulat suara memutuskan untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengumumkan penggantungan tugas kedua-dua pegawai terbabit sebaik sahaja selesai Mesyuarat Khas Exco Kerajaan Negeri hari ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here