Penyampai RED FM RTM Kuching meninggal dunia

PENYAMPAI RED FM RTM Kuching, Azrani Azmi, 47, meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di pejabatnya di RTM Sarawak, di Kuching malam ini.

Allahyarham ditemui seorang rakan sekerja pada pukul 8.40 malam dalam keadaan terbaring di dalam tandas sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS), lapor Berita RTM.

Segala usaha untuk menyelamatkan Allahyarham termasuk bantuan kecemasan dalam ambulans bagaimanapun tidak berjaya, sebelum kematiannya disahkan pegawai perubatan HUS. Punca kematian masih belum dikenal pasti.

Timbalan Pengarah Penyiaran Sarawak, Nurjihan Yahya turut hadir menziarahi jenazah Allahyarham di HUS.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here