Gagal di Iran, Israel balas dendam di Gaza, bunuh polis, kanak-kanak dan wartawan

KETIKA sekutu jahat Amerika Syarikat (AS) mengganas menyekat laluan di Selat Hormuz, negara pengganas Israel yang kecewa kalah dengan Iran membalas dendam dengan terus mengganas di Gaza.

Terbaru rejom Zionis yang diketuai penjenayah antarabangsa Benjamin Netanyahu membunuh wartawan Palestin dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah kafe di Gaza City.

Mangsa, Islam Hisham Qaneeta, yang juga seorang bapa, merupakan wartawan kedua yang terbunuh dalam tempoh kurang seminggu.

Menurut sumber tempatan, Qaneeta dibunuh  dalam serangan dron Israel yang mengenai sebuah kafe di Gaza City pada malam Isnin. Beliau dilaporkan merupakan bapa kepada seorang bayi perempuan berusia enam bulan serta anak lelaki tunggal dalam keluarganya.

 Rabu lalu, seorang lagi wartawan, Mohammed Wishah turut terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kenderaan dinaikinya di Jalan al-Rashid, laluan pesisir barat Gaza City. Serangan tersebut menyebabkan kenderaan itu terbakar.

Wishah merupakan wartawan koresponden di Gaza bagi Al Jazeera Mubasher.

Islam Hisham Qaneeta

Dalam kenyataan, Al Jazeera Media Network menyifatkan pembunuhan tersebut sebagai “pelanggaran baharu yang jelas terhadap undang-undang dan norma antarabangsa”, selain mencerminkan dasar sistematik menyasarkan wartawan dan menutup suara kebenaran.

Menurut rangkaian itu lagi, pembunuhan tersebut bukan tindakan rawak, sebaliknya satu jenayah yang disengajakan untuk menakut-nakutkan wartawan dan menghalang mereka daripada menjalankan tugas profesional.

Pada hari yang sama, dua lagi wartawan turut terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan.

Dalam perkembangan berkaitan, Israel didakwa telah melanggar perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak Oktober lebih 2,070 kali, mengorbankan ratusan nyawa serta menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 757 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata, termasuk lebih 300 kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Secara keseluruhan, lebih 72,000 rakyat Palestin terbunuh sejak perang bermula pada 7 Oktober 2023.

Sementara itu, sekurang-kurangnya empat rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak dan anggota polis, terbunuh selepas satu serangan Israel menyasarkan sebuah kenderaan polis di Gaza City, hari ini.

Serangan tersebut berlaku ketika anggota polis berkenaan sedang menjalankan tugas, dalam satu lagi pelanggaran terhadap gencatan senjata yang digelar “Trump ceasefire”, selain mencerminkan peningkatan serangan terhadap pasukan keselamatan awam yang dilihat bertujuan mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img