Gempa bumi 6.4 skala Richter gegar utara Sumatera, turut dirasai di Pulau Pinang

GEMPA bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia, pada 6.54 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut Bernama memetik kenyataan MetMalaysia, walaupun gegaran dirasai di beberapa bahagian di sepanjang pantai barat Semenanjung, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Reuters pula melaporkan memetik agensi meteorologi Indonesia, BMKG, menyatakan gempa berlaku pada kedalaman 168km, dengan pusat gempa terletak di darat, kira-kira 11km di tenggara Simalungun.

Gegaran tersebut berlaku beberapa jam selepas gempa bumi berukuran 7.7 melanda Pulau Flores di timur Indonesia, disusuli dua gempa susulan kuat berukuran 5.6 dan 5.9, serta mengorbankan sekurang-kurangnya 38 mangsa.

Bomba Pulau Pinang berkata, beberapa laporan mengenai gegaran diterima dari sekitar negeri itu antara 7.23 malam hingga 7.27 malam dan pasukan telah dihantar ke pelbagai lokasi untuk memantau keadaan.

Dalam kenyataan, ia memaklumkan gegaran dilapor dirasai di daerah Barat Daya dan Timur Laut, serta di Seberang Perai.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here