Guna teknologi AI semak kesahihan maklumat -Fahmi

ORANG ramai digalakkan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyemak kesahihan maklumat yang tular dalam media sosial, khususnya kandungan palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi deepfake.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata kemudahan AI seperti Meta AI dalam aplikasi WhatsApp, selain aplikasi seperti Gemini dan ChatGPT boleh digunakan untuk membantu mengesahkan kandungan berbentuk video, grafik dan maklumat sebelum dikongsi kepada orang lain.

“Kita boleh guna AI untuk lawan AI sekarang. Dalam WhatsApp sebenarnya ada satu tab Meta AI di sudut bawah kanan.

“Kita boleh bercakap, forward mesej atau meletakkan sesuatu kandungan dan minta input pandangan daripada Meta AI mengenai kesahihannya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Koperasi TNB “Kasih Rezeki KopTNB”, di Apartment Zamrud, Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur hari ini.

Fahmi berkata beliau sendiri turut memanfaatkan kemudahan itu selepas menerima pertanyaan berhubung satu grafik tular, yang mendakwa Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar raya paling berbahaya di dunia.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here