Guru KAFA hilang selepas keluar dari rumah

POLIS sedang mengesan seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sebuah pangsapuri di Sungai Ara, Bayan Lepas untuk ke surau sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Mohamad Hijazi Zamri, 26, daripada bapanya, sehari selepas guru lelaki itu tidak pulang ke rumah.

“Hasil siasatan mendapati, guru berkenaan meminta izin ibunya bagi ke Surau Al-Muttaqin di Lilitan Sungai Ara, dengan menaiki motosikal Yamaha LC135 berwarna biru bernombor pendaftaran PQG 275.

“Namun selepas itu dia tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Mengulas lanjut, Anuwal berkata, Mohamad Hijazi berketinggian 155 sentimeter dengan berat 54 kilogram selain berkulit sawo matang dan rambut berwarna hitam.

“Kali terakhir dia dilihat memakai baju-T lengan panjang berwarna oren dan seluar panjang berwarna hitam.

“Susulan itu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di talian 04-866 2222 atau ke balai polis berhampiran,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here