Guru lesap RM431,000, ditipu sindiket menyamar pegawai mahkamah

SEORANG guru wanita kerugian RM431,000 selepas diperdaya sindiket yang menyamar sebagai pegawai mahkamah dengan mendakwa mangsa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan rasuah.

Ketua Polis Daerah Raub, Mohd Shahril Abd Rahman berkata, mangsa berusia 42 tahun menerima panggilan pada 2 Februari lalu daripada individu tidak dikenali yang mendakwa mewakili syarikat insurans berhubung tuntutan perubatan berjumlah RM68,000.

Menurutnya, selepas mangsa menafikan perkara itu, panggilan disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai mahkamah.

“Suspek kemudian mendakwa akaun bank mangsa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan rasuah.

“Mangsa diarahkan menukar nombor telefon bagi tujuan akses perbankan internet serta melakukan beberapa transaksi pemindahan wang kononnya untuk pengurusan kes dan bayaran jaminan mahkamah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang panik bertindak menggunakan wang simpanan peribadi selain membuat pinjaman serta menggadaikan barang kemas bagi memenuhi arahan suspek.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas tidak lagi mampu membuat bayaran sebelum tampil membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Raub pada 24 April lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya berwaspada terhadap panggilan mencurigakan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa atau wakil agensi kerajaan.

Sebarang semakan boleh dibuat melalui portal Semak Mule atau menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img