Pukul isteri hingga keguguran : Suami direman 7 hari

LELAKI yang ditahan memukul isterinya sehingga menyebabkan keguguran kandungan di Ambangan Heights, Khamis lalu, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret, Mohammad Azlan Basri mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, seorang wanita berusia 39 tahun yang juga penjawat awam cedera di beberapa bahagian badan selepas dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian terbabit.

Mangsa turut mengalami keguguran ketika kandungannya berusia 12 minggu.

Siasatan lanjut mendapati suspek adalah individu sama yang pernah terbabit dalam kes mencederakan seorang wanita di Johor Bahru Selatan pada tahun 2021 dan pernah dikesan pihak polis sebelum ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img