Hadi sahkan ada pertemuan pemimpin Pas-UMNO

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan pemimpin parti itu mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO malam tadi.

Walaupun pertemuan itu dikaitkan dengan usaha mewujudkan Muafakat Nasional 2.0 namun beliau tidak mengulas lanjut apakah tujuan pertemuan tersebut sebaliknya berkata, ‘’pertemuan (seperti itu) biasa berlaku.

‘’Pertemuan biasa, kita jumpa diapun berlaku, orang nak jumpa kita, kita jumpa.Saya tidak terlibat tetapi saya dimaklumkan,’’ katanya kepada wartawan di Rusila.

Mengenai keputusan Majlis Syura Ulamak menyerah kepada Pas Pusat membuat keputusan berkaitan hubungan dengn Bersatu, Abdul Hadi berkata, perkara itu akan dibincangkan pada Isnin ini.

‘’Kita akan bincang semuanya Isnin,’’ katanya.

Ditanya adakah Muafakat Nasional akan dihidupkan semula Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, ‘’itu satu pandangan’’.

‘’Memang konsep kita ialah menyatukan Melayu Islam dan orang Melayu Islam harus memimpin, yang kedua wajib mengambil kira masyarakat majmuk bukan Islam tidak boleh dipinggirkan.

‘’Oleh itu kita bukan sahaja mengajak parti-parti Melayu tetapi juga NGO Islam dan individu berpengaruh dalam masyarakat Islam,’’ katanya.

Ditanya apakah itu bermaksud Parti Bersama Malaysia (Bersama) juga akan dijemput, Abdu Hadi berkata, ia akan diihat dari segi kekuatan dan pengaruh.

Berhubung PRN Johor, Abdul Hadi berkata, keputusan muktamad mengenai strategi pilihan raya, status pembahagian kerusi, dan penggunaan logo hanya akan diputuskan selepas taklimat khas oleh Pas Johor pada Isnin ini.

Katanya, pimpinan pusat akan meneliti taklimat tersebut secara terperinci satu persatu sebelum sebarang ketetapan dibuat.

“Kita sedang mengkaji. Insya-Allah Isnin ini kita akan dengar taklimat daripada Pas Negeri Johor. Satu persatu kita dengar taklimat dulu, lepas itu akan dibuat keputusanlah bagaimana kita nak.

“Kita akan bertanding, pada dasarnya akan bertanding tetapi akan dilihat dari segi pengaruh kita, dari segi peluang kita untuk berkempen dan calon-calon. Alhamdulillah kita ramai tokoh-tokoh yang jadi calon dalam Pas hari ini,” katanya.

Ditanya sama ada pembahagian kerusi bagi negeri Johor sudah dimuktamadkan sepenuhnya, Abdul Hadi berkata, perkara tersebut masih di peringkat perbincangan.

“Belum muktamad lagi. Itu pandangan sahaja,” katanya.

Abdul Hadi berkata,  Pas juga akan mengambil pendekatan realistik dan tidak semestinya bertanding di semua kerusi demi melihat kewajaran serta peluang kemenangan.

“Tidak semestinya (bertanding semua). Kita akan lihat kewajaran. Tapi kita akan bertanding mungkin atas (tiket) komponen (Perikatan Nasional) itu akan dikaji lagi, mana yang lebih baik kita bertanding. Lihat pada pengaruh kita,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img