Harga runcit petrol, diesel kekal mulai esok hingga 15 Julai

HARGA runcit petrol dan diesel tanpa subsidi kekal pada kadar semasa, bagi tempoh 9 Julai hingga 15 Julai.

Kerajaan hari ini mengumumkan harga runcit RON97 kekal pada RM4 seliter, RON95 kekal pada RM3.37 seliter, dan diesel kekal pada RM3.97 seliter.

Harga petroleum bersubsidi kekal seperti sedia kala, iaitu RM1.99 seliter bagi RON95 menerusi BUDI95 dan RM2.10 seliter bagi diesel menerusi BUDI Diesel, serta RM2.05 seliter bagi petrol menerusi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi dan RM2.15 seliter bagi diesel menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), harga minyak mentah di pasaran global terus menyederhana pada minggu terdahulu, didorong oleh pengurangan premium risiko geopolitik, pemulihan aliran bekalan, dan peningkatan persaingan harga dalam kalangan pengeluar utama.

Ia bagaimanapun mengingatkan risiko gangguan terhadap harga dan bekalan masih kekal selagi penyelesaian konflik di Asia Barat tidak dimuktamadkan, susulan serangan terbaharu Amerika Syarikat ke atas Iran semalam.

“Dalam jangka sederhana, jangkaan lebihan bekalan global susulan pemulihan pengeluaran dan penyederhanaan permintaan dijangka mengehadkan kenaikan harga.

“Namun, sebarang gangguan baharu di laluan perdagangan utama boleh menyebabkan turun naik harga yang ketara,” menurut kenyataan MoF yang dikeluarkan hari ini.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img