Hilang lepas keluar dari asrama, di mana Bazit pergi?

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari sebuah maahad tahfiz di Jalan Kuang, Batu 20, Rawang, sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak itu pada jam 10.32 malam, semalam.

Menurutnya, pengadu memaklumkan anak di bawah jagaannya didapati keluar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Habibiyyah kira-kira jam 7.30 pagi sebelum gagal dikesan sehingga laporan dibuat.

Kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Bazit Adetokunibo Rafiu, 12.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, kanak-kanak itu mempunyai fizikal berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira 126 sentimeter (cm), berat sekitar 25 kilogram, berkulit hitam, berambut hitam keriting, bermata bulat berwarna hitam, berhidung sederhana dan berwajah bujur.

“Pakaian terakhir dipakai mangsa bagaimanapun tidak dapat dipastikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang menjumpai atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kedudukan kanak-kanak berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Hizam Talib di talian 012-6550262 bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img