Hilang sejak Ahad lalu, di mana Nur Jannah?

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang dari sebuah rumah kedai di Pusat Komersial Pandan Indah, Ampang, sejak Ahad lalu dan polis kini giat mengesannya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Nur Jannah Nur Hakim pada jam 10.28 malam semalam.

Beliau berkata, kehilangan remaja itu disedari keluarganya kira-kira jam 11 pagi pada 2 Ogos selepas mendapati mangsa tiada di dalam bilik tidur.

“Usaha mencari mangsa oleh ahli keluarga bagaimanapun gagal sebelum satu laporan polis dibuat.

“Remaja itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 43 kilogram, berkulit sedikit gelap dan bertudung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkata, lokasi terakhir Nur Jannah dipercayai di sebuah rumah kedai di 6/11, Pusat Komersial Pandan Indah, Ampang.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Mereka juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Muhamad Anis Mohd. Amri di talian 011-11184825,” katanya.

Beliau turut menasihati ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak di bawah jagaan masing-masing serta tidak membenarkan mereka keluar bersendirian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja ini juga boleh menghubungi talian kecemasan MERS 999 dengan segera,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img