Hukuman penjara warga emas pecah skrin ATM ditambah kepada setahun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menambah hukuman penjara terhadap seorang lelaki berusia 67 tahun yang memecahkan skrin mesin ATM di sebuah bank di Jinjang Selatan daripada 10 bulan kepada setahun.

Hakim Azhar Abdul Hamid memutuskan hukuman asal yang dijatuhkan mahkamah rendah tidak mematuhi tempoh minimum di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Minimum hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan ialah satu tahun, namun majistret sebelum ini menjatuhkan hukuman 10 bulan,” katanya ketika prosiding semakan.

Menurut beliau, Mahkamah Tinggi membuat semakan semula selepas mendapati berlaku kesilapan dalam penjatuhan hukuman di peringkat mahkamah rendah.

Tertuduh, Leong Kuen, 67, akan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditahan pada 18 Februari lalu.

Bulan lalu, Leong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memecahkan lima skrin ATM di sebuah bank di Jinjang Selatan pada 17 Februari, menyebabkan kerugian sebanyak RM43,271.

Dia turut berdepan pertuduhan berasingan berkaitan perbuatan vandalisme melibatkan skrin ATM di bank lain antara 16 hingga 17 Februari.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img