HYROX Malaysia tarik diri daripada kerjasama syarikat arak, akui kesilapan

HYROX Malaysia memutuskan untuk membatalkan kerjasama dengan sebuah syarikat minuman beralkohol bagi penganjuran acara HYROX Kuala Lumpur 2026 susulan bantahan serta kebimbangan masyarakat tempatan.

Menerusi satu kenyataan, penganjur itu mengakui kegagalan mengambil kira sensitiviti agama dan nilai budaya masyarakat Malaysia sebelum mengumumkan kerjasama berkenaan.

“Kami memahami mengapa perkara ini menimbulkan kebimbangan dan rasa tersinggung. Kami sepatutnya memberikan pertimbangan lebih mendalam terhadap kepercayaan agama dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

“Kami mengakui kesilapan ini dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Keputusan berkenaan dibuat selepas isu penajaan syarikat minuman beralkohol itu mencetuskan bantahan dalam kalangan masyarakat yang mempersoalkan kesesuaian kerjasama berkenaan dengan sensitiviti tempatan.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan menegaskan tidak akan meluluskan penganjuran HYROX Kuala Lumpur 2026 selagi penajaan daripada syarikat minuman beralkohol itu tidak ditarik balik sepenuhnya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here