‘’Ia adalah persahabatan dan persaudaraan ‘’ – Hadi

PAS tidak tergesa-gesa dalam memuktamadkan sebarang bentuk kerjasama sepenuhnya dengan Barisan Nasional (BN), kata Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Katanya, kerjasama dengan BN akan diolah sesuai dengan perkembangan semasa.

‘’Kita tidak gopoh, kita lihat perkembangan semasa. Semangatnya baik, terutama kerjasama dengan UMNO-BN. Apa yang penting, kita mahu memastikan kuasa Melayu-Islam terus memimpin Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan semasa  mengiringi Calon Perikatan Nasional (PN) daripada Pas bagi DUN Serting Mohd Fairuz Mohd Isa di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol hari ini.

Abdul Hadi berkata, hubungan yang terjalin adalah lebih daripada itu.

Ditanya mengenai dakwaan di media sosial berhubung istilah ‘kahwin campur’ berkaitan kerjasama politik itu, beliau berkata hubungan yang terjalin lebih daripada itu.

‘’Ia lebih daripada kahwin iaitu persahabatan dan persaudaraan,’’ katanya.

Mengenai kemungkinan kerjasama kempen antara PN dan BN, Abdul Hadi berkata, kedua-dua pihak akan saling membantu di kawasan masing-masing.

“InsyaAllah. Kerjasama. Dia (BN) kempen tempat kita (PN), kita (PN) kempen tempat dia (BN). Yang penting ialah ikatan yang berjaya, yang berkat yang menyelamatkan rakyat,” katanya.

Mengulas kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap Pas dalam gabungan PN kini mempunyai unsur toksik serta cuba meminggirkan Bersatu, Abdul Hadi berkata,’’  “Itu tak benar, tak benar. Apa yang berlaku ialah salah Bersatu dalam kerjasama.’’

Mengenai dakwaan ketiadaan Pas memudahkan Bersatu menarik pengundi bukan Melayu, Abdul Hadi berkata, perkara itu terpulang kepada pengundi.

“Terpulang kepada dialah  Lihat kepada (penerimaan) pengundi,” jawab Tuan Guru secara ringkas bagi persoalan tersebut



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img